Friday, 26 August 2011

PERIHAL DOKTOR YG SGT PEMALAS.......

Salam....

Selama aku hidup kat dunia nie,dah 24 tahun,nie lah first time aku jumpa doktor yg budget pandai ala2 ahli nujum dan budget handsome yang predict sakit aku tanpa cek pape pun.Tabik la kat doktor nie..Geram pun ader...Gini citenya bermula....

Last Thursday, bangun jer tido,aku tiba2 terasa sgt sakit kat belakang aku nie sebijik agaknya mcm sakit nak beranak. Ditambah plax pakej dgn sakit perut dan muntah2..Sakit tu....Kepala pun ala2 nak pitam..Lepas try mkn ubat yg ader kat umah terpaksa berbuka sbb sakit kan, makin bertambah sakitnya. Aku dgn mom dah mula cuak. Dah dekat nak raya nie beb. Jgn wat pasal.Tak raya aku nanti.huhu.. 

Bila ayah balik umah area kul 2 petang,aku suruh ayah aku anta pergi klinik kat seremban 2. Biasanya aku pergi klinik namanya Anjung Karisma, tp sbb bln puasa,klinik nie just buka pukul 5 ptg dan ke atas. So,no choice,aku terpaksa pg Klinik R** dgn hati yg terbuka dan berharap agar doc kat situ dpt settle kan masalah aku nie. Sampai jer kat klinik, aku bernasib baik sbb klinik tu xbrapa nak ader org sbb mmg servis xbgs pun. Masuk jer bilik doc tu,aku tgk doc tu sibuk buat apa entah kat laptop die sambil tanya aku apa yg aku sakit. Dan lebih menyakitkan hati aku lg,die langsung xcheck tekanan darah or apa2. TERERKAN DOC NIE????....last2 die kata aku gastrik jer KOT dan bg ubat..Aku dgn muka tension amik ubat dan kuar dari klinik puaka tu.

Bila aku mkn jer ubat yg doc tu bg,aku tiba2 rasa sesak nafas. Sakit belakang yg aku kene xelok langsung or xkurang langsung. Apa punya ubat doc tu bg aku xtahu..Yang penting,menambah teruk penyakit aku ada lah. Dan mlm tu,aku terpaksa pg klinik lain untk dptkan ubat yg ok dan buat pemeriksaan yg btl.So,rasa kegeraman yg amat sgt bertambah2 dgn doc nie. Klu rasa xreti nak jd doc,xpyh jd doc la.Sifat sebagai seorg doc pun xader.Nie mesti blajar kat kolej2 swasta than tiba2 bukak klinik yg entah pape dan menyusahkan org lain. Rupanya,bkn aku sorang yg jd mangsa klinik puaka nie,rupanya ramai lg kwn2 aku yg terkena..

Pada kesimpulanya, menjadi DOKTOR adalah kerjaya yg amat mulia dan sesapa yg rasa xlayak nak jd atau xbrminat nak jd doc tu xpyh la nak cecuba jd Doc walaupun dipaksa oleh mak bapak  coz korang nie akan menyusahkan org lain.  TRY TO BE URSELF.............








*JAUHILAH KLINIK PUAKA SEBELUM TERLAMBAT. IA AKAN MERAGUT NYAWA ANDA.....

Sunday, 21 August 2011

OPERASI JENG JENG JENG...

salam...

agak lama juga dah tak update blog nie smpi dah lupa cara nak update blog. Tak menghilang kemana cuma sibuk dgn persiapan raya dan merewang  dgn kawan2. Ingat nak update pasal bazar Senawang but mcm xcukup idea plax nak menceritakan kembali apa yg ader kat bazar senawang. But the most important,kesimpulan yg aku leh buat bazar ampangan lebih best dr bazar senawang yang besar tp xde pape sgt sbb kebanyakkan pekedai sombong dan poyo... Ini just pandangan peribadi aku.Tak ader kaitan dgn sesapa ek..huhu

Antara sbb aku xupdate blog sbb aku BALIK KAMPUNG tercinta kat JELEBU,NEGERI SEMBILAN..Niat aku sefamily balik kampung sbb nak tlg wan aku buat kuih raya eg bahulu,kuih ros@kuih goyang dan kuih siput. Selain tu,aku balik kg sebab nak g berubat kan abg aku. Nak try cara kampung plax. Mana tahu berkesan. Tak salah mencuba kan.....=)

Bila buat perbandingan antara kampung ngan bandar.Memang kampung banyak beza. Kat kampung kt boleh menghirup udara segar dan menikmati kehijauan pokok2 yang berada di sekitarnya. Awat tiba2 ayat jd skema nie..hehe..Erm,yg paling penting,OPERASI JENG JENG JENG iaitu operasi buat kuih sampai pengsan turut dilaksanakan untuk memuaskan perut semua org.Dalam 3 hari ader kat umah wan, aku, Imran,mom terpaksa rela menolong wan buat kuih raya. Rupa2 nya kuih tradisional nie sedap but agak rumit dalam pembikinannya. Serik jugak lagi2 tang buat kuih bahulu guna dapur kayu. Nak tergeliat pinggang aku nie. 40 bj telur beb wan aku buat. Sesapa yg rasa nak try rasa mcm mana rasa pinggang anda bila dipusingkan berlainan arah dr normal,anda blh cuba buat kuih nie. Tang kuih siput plax,lg la nak pening. tepung jer 3 kilo.Lepas tu,nak tenyeh2 smpi jd kuih siput.Susah beb. Yang aku tahu,first2 kuih siput aku comel2 dan mengikut spesifikasi yg wan tetapkan. But,bila tgk tepung mcm xbergerak2 macam tak bersentuh, aku pun menukarkan saiz kuih siput aku dr saiz xs ke xxl. Wan aku bising gak sbb aku punya kuih siput makin lama,makin besar saiznya but aku dgn muka confident terus mengutarakan hujah2 aku..

wan : makin besar kuih siput tu wan tgk..
aku : yeke wan??(muka xbersalah).normal lah wan.kalau asyik buat anak siput jer,mcm mana dgn ibu siput wan.Penat kot mengandung anak siput tapi tak dihargai.
erm...wan pun malas nak ckp lg. Yelah,dah penat kot. Mata pun dah layu jer..So, pada sesiapa yg xbalik kg lagi yg masih ader wan or atok, pliz la luang2kan sikit masa untuk jenguk diorang kat kampung ek.Kalau yang rasa2 dah lupa jalan tu,jgn lupa beli map. Lagi2 nak raya nie. Jgn jadi si tenggang ek..Pasti mereka gembira jika lihat kt balik melawat mereka walaupun sekejap. Thats all. Bye u olls....








*Sayangilah mereka selagi mereka masih ade...=)
 





Monday, 15 August 2011

JaLan2,CaRi PasAl..BAZAR AMPANGAN

salam......

kerana hati hepi sgt semalam coz my bro xmasuk hospital,aku pun tiba2 terasa plax mood raya tu dtg tanpa dapat disekat2 lagi. Mlm semalam pun mmg ada wat temujanji awatnya skema sgt bahasa nie dgn En.R nak pg mkn kat Jusco seremban 2. So,dah ketelanjuran kami keluar,kami pun mengambil kesempatan untuk melencong sedikit dari plan asal nak g jusco dan terus menghala ke arah BAZAR AMPANGAN..mood raya la katakan...huhu

mula2,agak terasa kasihan jugak kat En. R sbb terpaksa melayan kerenah aku yg biasa lah beb, pmpn kan..Pilih baju bukan cukup sejam.Kdg2,beli kerongsang yg 3 bijik,rm5 pun amik ms stgah jam.Nak matching2 dengan baju lg..Fhm2 jelah kan..Mood raya tiba2 mcm terbantut sedikit sbb lagu raya xbyk dimainkan lg.Klu ader pun,sound die agak2 mcm sayup2 jer terdengar sbb bazar tu tepi jalan kan..So,mmg klu bukak perlahan ala2 radio rosak mmg xdgr..En R pun pening kepala menunggu aku shoping smpi die boleh menghabiskan rm3 cempedak goreng yg die beli kat bazar tu.hehe...sori yer En R...

Pada sesiapa yg duk kat seremban yg belum turun Bazar Ampangan lg,silalah pergi ek sbb mcm2 yg korang leh beli dengan the best price. Tudung,shawl,bj melayu,bj kurung,jeans dan macam2 lg. Mmg sesuai la untuk kaum2 pmpn yg tgh cari line2 best price untk fixed dgn budget korang lg2 yang anak ramai. Rugi kalau tak pergi tau. Time nie mmg xramai org lagi dan kt boleh pilih dgn sesuka hati tanpa gangguan.huhu..Ramai yg tunggu last minute baru nak beli brg2 dgn alasan harga akan turun lebih murah but makcik kat situ bgtahu harga mmg diaorg dah start turunkan start smlm.Yelah,smlm jer aku tgk shawl yg mcm2 warna turun harga sampai rm5. Cukup2 la tu nak turun harga lg sbb bg la makcik2 tu atau abg2 bangla tu cr makan ckit ek dgn harga tu..huhu

Tepat jam 10 mlm,aku pun gerak balik setelah dipaksa balik oleh En R sbb takut ayah aku bising..singgah KFC 24jam kat seremban sbgi menunaikan kempunan En R nak mkn menu KFC yang baru tu..yang pakej ngan sos black pepper tu..Ms nak hantar aku balik,nasib xbaik coz ktorg terjumpa plax gerai jual durian. So,singgah jap mkn durian n terus balik jam 11 mlm..=)

Pd kesimpulannya, beli kat bazar lebih jimat dan byk pilihan dari beli kat pasar raya KM Plaza. Cuma,ms jelah kene fixed time malam dan pergi awal2 ek sbb ms itu emas.hehe...bukan setakat ms, sebenarnya takut beli lebih dr keperluan...So,planning time dan money nicely..ok...


*Next week,Bazar senawang plak jd mangsa jajahan aku...hehe...TUNGGUUUUU....

Sunday, 14 August 2011

dugaan demi dugaan

salam...

Hari nie dah 15 hr kt semua puasa.Alhamdulillah, tis time aku cukup lg puasa. Hari nie gak agak gembira sbb first time abg aku pg hospital dan balik semula ke rumah dgn selamat. Kalau tak,selalu nya kalau hantar die pg hospital,confirm die kene tahan wad. Hari nie berlainan. Syukur atas rahmat Tuhan.Nasib baik tak ada apa2 sbb ktorg hantar abang pergi hospital sebab urat dekat kaki die bengkak dan menyebabkan die tak boleh jalan. Kesian aku tengok abg aku.Satu2 dugaan die terpaksa tempuhi. Kdgkala,wajahnya dah mcm putus asa tp kami tetap bg die semangat terutamanya ayah dan mom. Berjaga siang dan malam...erm...

Aku rasa die boleh sihat mcm sedia kala.Cuma ms yg menentukan. Time mcm nie baru aku nampak erti kasih syg ayah dan mak yg membesarkan aku. Ayah yang sanggup tidur dengan abg berjg malam dan mak yang sentiasa ambil berat pasal abg,jg dekat wad berbulan2,berhari2..Apa2 pun,kami sekeluarga redha dgn ujian yg diberi oleh Allah swt. Aku cuma mampu berdoa agar kami dapat sambut raya dengan sempurna seperti tahun2 sebelumnya..InsyaALLAH..








*harap semuanya kembali seperti sedia kala....miss it so much...

Saturday, 13 August 2011

KUIH LEPAT VS KUIH GULA MELAKA...

salam...

hari ini ada mood sikit nak buat kuih2 melayu nie.So,tanpa melengahkan masa, terus ajak my mom dan wan buat kuih2 nie.kuih lepat tu dibuat atas permintaan nenek dan kuih gula melaka tu plax dibuat atas permintaan ayah sdgkan diorg nie  xde la makan sgt bila dah buat tu.. sebelum buat kuih2 nie,dalam otak aku nie fkr,alah bukan susah pun nak wat kuih2 nie..tgk rupa pun dah tahu cara buat dgn muka confident... but,rupanya bukan senang nak buat benda nie yer kwn2...hanya org2 tua jer tahu resepi nie secara mendalam...

Aku,mom dan wan memulakan operasi besar-besaran nie pada pukul 2 lebih...ptg la time tu...dimulakan dgn buat kKUIH GULA MELAKA. aku nie sebenarnya jd tukang tgk jer yg lebih.mom pun buat kuih tu...yg menariknya,gula melaka yg kat dalam tepung tu mak aku buat besar2 saiznya..lazat2...confirm ader yg kene kencing manis bila makan nie...hehe...aku just tlg cedok kuih tu after die terapung2 ala2 ufo kat dalam periuk bila cukup masak..perut pun berbunyi2 bila angkat tu...lapar2...hehe

Next,operasi kedua...KUIH LEPAT...nie plg aku malas nie...nak potong2 daun pisang,lap2...tp,apabila mengenangkan nenenk ku yg mengidam,trpaksalah buat jugak...yg nie aku tlg balut n kukus jer.aku xbrapa minat sgt kuih nie..wan buat lembik sikit sbb senang nenek nak mkn sbb tahu2 jelah,kondisi gigi nenek xbrapa nak selamat klu makan kuih2 yg keras atau liat...huhuhu..

Operasi buat kuih nie tamat pd pukul 4 ptg..so,bila buat kuih2 nie,mom n wan aku ada la membebel ckit2..dia ckp org skrg nie semua nak senang..beli jer..donut pun beli.aku pun ala2 terasa kot sbb slalu blk bwk donut BIG APPLE ...nak wat mcm mana kan...benda sedap n senang....walaupun bertalu2 pesanan masuk kat dlm otak aku nie,but aku still lg akan sokong BIG APPLE.sbb bukan nak ckp apa,kuih2 tradisional nie kurang ckit dpt tmpt kat dlm hati aku nie...huhuhu.......sori...









Wednesday, 10 August 2011

KICK START

salam...


hari nie,tiba2 hati aku tergerak plak nak buat blog..nak kata malam tadi ada mimpi akan dapat jodoh bila buat blog nie,xde lah plak.dulu time study,ada gak plan nak buat blog tp bila sibuk mcm student cemerlang  dengan assignment,so xjadi lah ek...since nie ada ms terluang,so dari menghabiskan ms,baik aku turn to the positive way like create a blog....walaupun mcm xkan ader follower...hehe......

tis time gak mcm hepi sgt2 coz abg aku dah keluar dari hospital. wan pun ader kat rumah aku...so,since wan dah ader kat rumah aku,aku pun mengambil kesempatan untk blajar masak yg best2 dr wan aku..yelah,pakar masak tau wan aku nie...sbb tu lah body aku nie dah jd ala2 belon nie...paling aku minat bila masak ayam kicap...lain dari yg lain.....sedap2.....5 star aku bg....=)



*pendek kata,SAYA SAYANG WAN SAYA....nenek????kurang ckit syg....opsssssss...............